
Lima finalis terbaik Idola Kecil 3 (IK3) begitu teruja apabila dapat berduet dengan penyanyi Nombor Satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Ianya bagaikan mimpi buat Nor Harris Alif Rashidi, juara IK3, dan teman-temannya yang lain iaitu Nor Balqis Ahmad Tajuddin, Shazlin Salamat, Abdul Hadi Mazlan dan Puteri Aszfaryna Khareeza kerana berpeluang untuk berduet dan berkongsi pentas bersama penyanyian idola mereka.

Rancangan yang akan disiarkan pada Hari Raya ini nanti mempunyai kelainan yang tersendiri kerana mereka bukan sahaja berduet bersama Dato’ Siti Nurhaliza, malahan mereka juga turut akan mengadakan permainan dan segmen bercerita yang membabitkan penonton di dalam studio. Menerusi rakaman istimewa ini Dato’ Siti Nurhaliza telah berkongsi cerita menariknya serta pengalaman sewaktu beliau kanak-kanak.

IK3 Bersama Dato’ Siti Nurhaliza ini akan disiarkan selama satu jam menerusi saluran TV9 Di Hatiku pada Hari Raya pertama pada jam 10.00 pagi. Pastinya ia merupakan rancangan yang sungguh menarik untuk ditonton seisi keluarga di pagi Hari Raya kelak.



No comments:
Post a Comment